22 February 2012

Rembau Komunis


gua bukak youtube dan tiba tiba gua terjumpa video Correy Duffel (  klik sini  ) oh ya ! nama ini memang sinonim buat gua dulu pada tahun 2004 - 2006 . dimana dia adalah ikutan gua dari rambut hingga la ke kaki . era zaman Rembau Komunis , iaitu zaman dimana gua baru mula meningkat remaja . jiwa memberontak yang sangat kuat . ketika itu pula nama samaran gua ialah Tora Ramones . gua pada masa itu sangat radikal . tidak peduli pasal awek awek ni . yang gua tahu masa tu hanya musik dan sosial  . tahun 2005 dimana gua mengalami retak tulang tangan kanan ketika mahu mencuba aksi di atas tangga setinggi 8 anak tangga . apabila gua dah sembuh . gua masih teruskan aktiviti itu . betapa degilnya gua masa itu hahaha tapi setiap zaman kegemilangan pasti ada zaman kegelapan . tahun 2006 adalah tahun yang dimana kami disenarai hitam oleh masyarakat di tempat kami . kematian Allahyarham Omar Aziz , memberi impak yang sangat besar kepada kami ketika itu . dimana beliau jatuh dari papan selajunya ketika menuruni bukit . kepala beliau terhantuk di paip di tepi jalan . ketika itu dia dalam perjalanan mahu ke bus stop untuk berjumpa kami . cerita ini diceritakan oleh ibu Allahyarham yang kebetulan turut menghantar Allahyarham yang mahu ke bus stop ketika itu .Allahyarham koma selama seminggu di hospital dan selepas itu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir . 

al - fatihah .
Omar Aziz a.k.a Chicky 
1990 - 2006

Rembau Komunis Salute You !

No comments:

Post a Comment