18 February 2012

Sembah Hormat

gua bersama sahabat gua si Jari Antoo melepak di mapley yang sangat lazim bagi mereka mereka yang tinggal satu daerah dengan gua . disebelahnya ada satu bangunan yang menempat puluhan anak anak yang masih bersekolah tidak kira dibangku sekolah rendah ataupun menengah untuk mendapatkan ilmu selain di sekolah . ya ! Pusat Tuisyen Jaya Murni itulah namanya . rata rata mereka ini dihantar sendiri oleh ibu bapa mereka . setelah sampai di hadapan bangunan pusat tuisyen itu . mereka pasti akan memberi sembah hormat pada ibu atau bapa mereka . salam cium tangan atau pipi . situasi ini mengingatkan gua pada gua sekolah rendah . ibu orang yang selalu menghantar gua dan abang ke sekolah . ayah tidak dapat hantar kerana terpaksa kerja lebih awal pada masa itu . sampai disekolah , gua dan abang pasti akan memberi sembah hormat kepada ibu dan tidak lupa triangle kiss . iaitu ciuman tiga segi kalau dalam bahasa melayunya . ciuman pipi kanan . pipi kiri dan dahi . itu adalah perkara wajib yang akan kami sekelurga buat semasa sembah hormat . yang membanggakan gua sekarang ni . walaupun umur gua sudah hampir suku abad . perkara itu tidak pernah pupus dilakukan walaupun dimana gua berada . tanpa segan silu pada orang sekeliling . gua mesti bikin . oh ayah ! oh ibu ! saya sayang kamu berdua lebih dari segalanya . 

No comments:

Post a Comment