20 April 2011

Mimpi Buruk

Sani mencerita perihal mimpi buruknya kepada Dukun Jenab . ianya bermula begini . ketika Sani berjalan seorang diri disuatu jalan yang gelap . tiba tiba ia disapa suara yang agak dibencinya . ia berbunyi begini " baby baby baby oh " . oh rupanya Justin Bieber yang menyapa . dengan perasan acuh tak acuh . Sani tidak melayan . tiba tiba pula Hang Tuah datang membawa kad topup Hotlink yang berjumlah RM 10 . Sani mengambil dengan rasa hairan . Hang Tuah pergi meninggalkan Sani dengan Vespa PX 150 berwarna hitam . Sani terus menaiki LRT untuk ke destinasi yang tidak pasti . sampai sahaja di suatu tempat yang asing baginya . ia disambut oleh orang ramai dengan begitu meriah . ketika melayan semua orang yang menyapanya itu . tiba tiba Sani dibunuh oleh Pak Tam dengan menggunakan Sniper . Sani rebah dan terus terjaga dari tidurnya . Sani beriftifar sebanyak yang mungkin .

...........................................................................

Sani : hm begitulah mimpi buruk saya nek .
Dukun Jenab : oh ....
Sani : apa maksud mimpi saya tu ?

Sani mahu kepastian disambil itu Dukun Jenab menggulung rokok daun buatannya sendiri . dengan kerek ia berkata . Sani yang tekun dan serious menunggu .

Dukun Jenab : alamatnya ...

Dukun Jenab menghembus asap ke atas sambil mengelengkan kepala . Sani jadi cuak dengan style Dukun Jenab yang kelihatan seperti Undertaker yang baru bangkit dari kubur . dengan penuh teliti dukun Jenab berkata .

Dukun Jenab : haish ! alamatnya sebab kau tidor tak basuh kaki bongok !


2 minggu selepas . Sani didapati mati didalam rumah dengan perutnya membesar seperti wanita yang sedang sarat mengandung dan akhirnya cerita itu sampai di halwa telinga Dukun Jenab melalui Mak Tomah . akhirnya Dukun Jenab tersenyum dalam hati dan berkata didalam hatinya .


Dukun Jenab : pueh hati den . kan dah kono santau kek den . sapo sughoh coghito mimpi bangang kek den . kan dah mondapek . ni cap eh !

4 comments:

  1. HAHAHAHAHAHAHAHA.bangang punya cita.kalau aku dukun jenab ,aku mandulkan. HAHA

    ReplyDelete
  2. nak buat macam mana . Dukun Jenab tu ikot fahaman Rogayah's Revenge . haha ,

    ReplyDelete