Gua terus menjalarkan diri keatas katil bujang gua yang berkapasiti untuk 2 manusia , empuknya masih sama seperti malam yang sebelumnya . sebelum itu gua telah menutup siaran frenkuesi telefon bimbit gua untuk memudahkan penambahan tenaga baterinya dengan bantuan alat pengecas elektrik . malam ini gua mahu tidur dengan lena walaupun ada sedikit kehampaan untuk malam ini , oh tidak mengapa , gua hanya mengharapkan pada kesedaran gua dari tidur nanti akan memberikan sebuah kesihatan yang baik , semoga kehampaan itu terus lenyap jauh dan tidak kembali lagi . sekiranya ia tidak menjadi , gua harap ia akan terus tersimpan di folder rahsia yang jauh dalam minda gua . malam ini gua sudah bersahur lebih awal daripada kebiasaan waktunya . semoga kekuatan berpuasa itu boleh jadi pemangkin untuk gua lupa cerita celaka untuk malam ini . sekian sahaja dari gua manusia sakit malam 1 Ogos 2012 .
No comments:
Post a Comment