07 June 2012

Ready To Fail

kegagalan itu bahasa umum dan kegagalan itu ada pelbagai aspek . tidak kisahlah yang kita berada di kegagalan yang mana satu . bagi gua , gagal adalah guru yang baik untuk semua manusia . pengalaman kegagalan ini akan buat kita bikin satu revolusi secara punk . mungkin ia bermula secara perlahan ataupun laju . ia bergantung kepada kemampuan sendiri . bagi gua , gagal itu sepeti pahat dan maki hamun dan sumpah seranah sebagai pengetuk . walaupun pengetuk akan memberi arahan tetapi pahat yang akan menghasilkan pecahan . oleh itu jangan takut untuk gagal , kerana gagal akan bikin kita jadi cekal dan disebalik kegagalan ada kejayaan .

If you'll never try , you'll never know - Chris Martin
You have got to shoot , otherwise you can't score - Johan Cruyff
If you never get your heart broken , you'll never learn to love - Marilyn Monroe
Ever tried . Ever failed . No matter . Try Again . Fail again . Fail better - Samuel Beckett

terima kasih kepada manusia manusia yang telah mengambil peranan sebagai pengetuk untuk diri gua . sumbangan anda ada positif-nya . terima kasih kerana cuba memadamkan api revolusi gua dengan kata kata minyak tanah anda . anda bikin gua lebih terbakar . alhamdulillah kerana sikit demi sedikit revolusi terhasil dalam diri gua . kali ini gua sudah sedia untuk bangkit . mungkin akan ada manusia manusia yang akan kata gua hanya hangat hangat tahi ayam ataupun angan angan mat jenin . itu tidak mengapa . kerana kata kata inilah yang akan menjadi turbo untuk gua bergerak dari kurang baik ke baik ataupun yang baik ke lebih baik . tunggu sahaja kejayaan gua yang akan bikin mereka mereka yang buta akan celik . yang bising akan diam . yang hina akan hormat . yang benci akan sayang . ayohlah bangun dari mimpi ngeri supaya satu hari nanti kita mampu bangun dengan menari .

* revolusi takkan berlaku sekiranya kita sendiri tak bangun dari kerusi - Tahar Amir . 2:49AM . Rembau . Malaysia .

4 comments:

  1. bagus lu eh, tido lewat terus dapat hasilkan word of wisdom sendiri kehkeh.
    nice topic eh. semoga lu cekal bro!

    ReplyDelete
  2. pehh..motivasi yang baik..go tora go!..:)

    ReplyDelete
  3. to dochi : haha sebab gua terbakarlah sebab tu gua dapat tulis entri ni .

    to ana : hey ho let go !

    to alcoholicnicotina : thank you geng .

    ReplyDelete