15 May 2012

Comel : Si Kucing Jantan


setiap yang hidup pasti akan mati . itu adalah pasti dan bukan ilusi .

comel , itulah nama kucing jantan peliharaan yang telah menjadi sebahagian daripada salah satu keluarga gua . kucing yang unik kerana mempunyai ekor ala ala seperti seekor tupai . comel tidak seperti kucing jantan yang seantero dengannya . tidak suka menghabiskan masa di luar dan hanya tahu berlibur dikawasan dalam rumah sahaja . sangat setia bersama ibu walaupun kemana sahaja , walaupun ibu sedang menjemurkan pakaian di luar . delegasi antara 2 makhluk ini telah terjalin di rumah gua semenjak sebelum gua melihat dunia lagi .

6:30 petang , comel yang dahulu lincah dan hyper kini semakin sepi . banyak menghabiskan masa dengan merebahkan badan ke lantai sahaja . jika dulu makanan kesukaannya ayam goreng . sekarang ayam goreng hanya perhiasan mata sahaja baginya . seleranya tidak sehebat dulu . jika dulu ia berbadan gempal tetapi sekarang ia semakin kurus . ini punca faktor yang comel sedang menghadapi usia tuanya .

gua sedar akan perubahannya , gua sudah mula bersedia sekiranya ia akan diambil apabila masanya tiba . dahulu bulunya tebal sekarang ia semakin kurang . badannya yang wangi sekarang tidak seharum dahulu . semua ini bukan faktor bagi kami sekeluarga untuk mengurangkan kasih sayang terhadapnya . semoga Allah merahmati comel .

* oh ya ! gua rocker yang sayangkan kucing .

5 comments:

  1. to Double A : sakit tua rasanya .

    ReplyDelete
  2. syurga tempatnya..
    oh ya..rockers pom ada perasaan.hehe

    ReplyDelete
  3. to alcoholicnicotina : may Allah bless you my mate .

    to ana : ia pasti kesana .

    ReplyDelete