04 October 2011

Dari Rembau Untuk Subculture

pada tarikh yang gua sendiri tak pasti . gua . Double A dan Fifi Bert ke kedai makan pada waktu larut malam . kebetulan gua bertemu dengan George Biyai dan Cimit Impreza . tiba tiba George Biyai meyampaikan satu khabar baik untuk gua " Subculture turun Tampin 1 Oktober ni " . gua terus tersenyum . ya Subculture adalah salah satu band favourite gua masa gua dibangku sekolah menengah dahulu . boleh kata gua membesar dengan lagu lagu Subculture la dulu dan antara playlist gua kalau jamming pada tahun 2003 - 2005. 1 oktober . gua dan Helmy Kasanova menggegaskan diri mahu ke Tampin . jaraknya dari tempat kediaman gua boleh kata dalam 30 lebih km . cuaca masa itu mahu hujan . gua dan Helmy Kasanova melangkah laju untuk ke bus stop untuk menunggu bas dan bila sampai di Tampin . so inilah jadinya . tak perlu ke Massive 2011 untuk berdansa . cukup sahaja ke Tampin untuk gua gila gilaan bersama Subculture . mungkin gua hilang kawalan masa ini tapi usah risau kerana tiada bahan terlarang yang masuk dalam badan gua . i'm clean and sober .satu penghormatan bagi gua bila gua sendiri sing a long bersama vokalisnya Subculture iaitu Azreen dimasa kugiran Berantakan membawa satu lagu cover dari Ramones . the KKK took my baby away ( klik sini ) selesai sahaja Subculture melabuhkan tirai . gua dan Helmy Kasanova bergegas ke Tampin Bus Station . alhamdullillah ! masih ada bas untuk gua pulang ke Rembau . maybe bas last masa tu . gua mahu pulang awal walaupun event tu masih belum habis disebabkan pada masa tu Liverpool punya match dengan Everton . oh yes ! tak rugi dan berbaloi rasanya bila match yang gua tengok tu menang bergaya dengan 2-0 . you'll never walk alone !

* Subculture : Ramones Malaysia . long live to all of you legend .

2 comments: