12 July 2011

Untitled

gua bukanlah penyokong mana mana parti politik . gua tidak berminat dengan mana mana pihak . sebabnya 2 - 2 tetap jugak kotor . kenapa gua cakap macam ni ? pemimpinnya juga manusia dan manusia tiada yang sempurna . tetap ada salah dan silapnya . betol tak geng ? kerana politiklah manusia sanggup bunuh manusia . well ! baru baru ni ada perhimpunan yang telah melakar sejarah baru even ia tak akan sesekali tercatat dalam sejarah umum negara kita . hanya mereka mereka yang berjiwa radikal sahaja yang akan sematkan sejarah ini dalam minda mereka . gua nak kupas sikit pasal isu perhimpunan tu . kita tahu yang kawal keadaan adalah abang abang baju biru kan ? so mari kita lihat kerja kerja mereka ni . sebagai warganegara Malaysia yang bebas dari mana mana badan politik dan tetap salah seorang pengundi ( undi rosak ) gua tengok abang abang baju biru ni kadang kadang melampaui batas . dengan senang nak pukul . senang nak tangkap . senang nak rampas . senang nak pau ( rasuah ) . kalau dulu abang abang baju biru ni dah dianggap superman tapi sekarang ni diorang dah sama taraf macam penjenayah . so hero rakyat Malaysia sekarang ialah anjing pengesan . bak kata orang putih la anjing ni sahabat baik manusia . diorang lagi better dari abang abang baju biru ni . baru baru ni dalam perhimpunan tu ada seorang hamba Allah telah menemui ajal sebab sesak nafas angkara gas pemedih mata tu . hebat ! senjata semakin upgrade !   yang sedihnya tangannya di ikat ( digari ) dengan cabel tight . semasa hamba allah ni tengah berlawan dengan sakaratul maut . abang abang baju biru ni just tolong tapi tolong tengok je . tak ada langsung sifat sifat manusia even hamba Allah tu salah seorang ahli perhimpunan tu . dimanakah function diorang ni sebagai superman rakyat ? dimanakah sifat belas kasihan ? bukan ke manusia kena bantu manusia ? hm sedih gua tengok Malaysia hari ni . dulu kita ada jawa , bugis , minangkabau , banjar dan lain lain tapi kita tetap guna 1 nama iaitu melayu . zaman sekarang ? melayu kita ada 2 . melayu BN ( barisan nasional ) dengan melayu PR ( pakatan rakyat ) . padahal 1 agama . 1 kiblat tapi keadaan sekarang ni dah macam contoh syiah dengan sunnah . hamas dengan fatah . semua ni terjadi sebab politik . sebab politik jugaklah bumi kita bertambah sakit sebab adanya perang . well ! mungkin ini petanda yang bumi kita dah semakin tua dan semakin hampir dengan penamat . i vote for peace ! 

8 comments:

  1. kesian bumi kita. menangis dia tgk manusia.

    ReplyDelete
  2. to s.u.h.a : jom kita bagi tisu ! opps ! sebab tisulah kita kena tumbangkan pokok . hm kita bagi kain . haha .

    ReplyDelete
  3. hidup adalah survival . what to this is life. this is it . we are choose n select it to be like this .

    ReplyDelete
  4. to CNK : let's get together and feel alright - Bob Marley .

    ReplyDelete
  5. to Fe Njman : dengar lagu blog gua .

    ReplyDelete