31 May 2011

Biar Mati Anak , Jangan Mati Adat

biar mati anak jangan mati adat . statement bodoh pernah gua dengar . yang mana adat sangat hebat digunakan di tempat gua ni . nak tahu dekat mana ? Rembau , Negeri Sembilan . negeri yang satu satunya di Malaysia yang mengamalkan adat perpatih . kalau nak di ikot pada sejarah lampau . Rembau ni adalah satu negeri yang sangat kuat berperang . ( sebelum bergadung dengan daerah daerah lain untuk jadikan Negeri Sembilan ) kira bunuh orang tu dah jadi hobi warga kat sini dulu dulu . kalau zaman dulu Raja Melewar ( raja pertama Negeri Sembilan ) datang sini dan menetap di Rembau . lepas Raja Melewar ni mangkat . kerabat dia pulak ganti jadi Raja tapi nak dijadikan cerita . amboi gosip ! Raja yang baru ni jenis gatal dengan anak anak gadis kat area situ . bila orang Rembau tahu . diorang bikin protes dekat raja ni . macam Hang Jebat pernah bilang " raja adil raja di sembah . raja zalim raja disanggah " diorang halau semua kerabat ni keluar Rembau . ganas kan ? rakyat halau raja . terus diorang berpindah ke daerah sebelah iaitu Kuala Pilah . diorang pun buatlah istana baru . Istana Seri Menanti dan sampailah sekarang semua kerabat tinggal kat sana . Rembau ni adalah daerah paling beradat dalam Negeri Sembilan . kira sangat kuat pegang adat adat lama ni . yang buat gua tak suka sama adat ni . adat ni menyusahkan orang . kenapa gua cakap macam ni ? tanah tanah yang ada di Rembau adalah tanah pusaka yang mana tanah pusaka ni tak boleh dijual sampai bila bila . so lu rasa Rembau ni boleh maju ? ada lagi adat yang merepek gua pernah dengar . bila someone yang sama suku nak kahwin . ( keturunan ikot sebelah ibu ) itu kira haram dalam adat . kira tak boleh kahwin . kononnya anak yang lahir nanti akan jadi cacat . kalau lu fikir la kan . keturunan Nabi Muhammad S.A.W . dari delegasi cucu baginda si Hassan dan Hussien . diorang kalau boleh lagi nak kahwin dengan sama keturunan sendiri . Syed dan Syarifah contohnya . tapi di Rembau ? pasal tanah pulak . tanah tanah hanya boleh diwarisi oleh anak perempuan yang terakhir dalam keluarga walaupun perempuan tu bukan anak bongsu . adil ke ? contoh paling senang . kawan gua ni ada 4 adik beradik lelaki dan memang tak ada perempuan langsung . rumah yang dia tinggal sekeluarga ni diwarisi oleh emak dia sebab emak dia anak perempuan paling bongsu walaupun emak dia anak ke 5 dalam 7 adik beradik . tapi diorang di usir keluar sebab emak dia tak ada pewaris perempaun . so rumah tu kena bagi dekat kakak emak dia sebab kakak emak dia ada anak perempuan . jadi anak lelaki memang tak ada function langsung . suku ni hanya ikot perut . perut ibu yang mengandung . kalau ibu tu orang rembau . anak anak semua ikot suku ibu even bapak dia bugis ke ? jawa ke ? macam gua pulak . gua tak punya suku sebab ibu gua bukan orang Rembau . ibu gua keturunan Brunei . orang kata adat ni dicipta selaras dengan agama islam . bagi gua la kan ? memang banyak bercanggah . contoh paling senang macam statement gua kat atas tu . " biar mati anak jangan mati adat " lu orang boleh fikir sendiri rasanya . banyak sebenar adat adat yang merepek dan merosakkan mentaliti orang dekat sini . kalau gua la kan ? gua mansuhkan je adat adat yang bodoh ni . mana yang boleh ikot . kita ikot . untuk cerita yang gua cerita ni bukan rekaan tapi memang betol betol . dari sejarah lama Rembau sampailah adat yang gua cerita ni . bagi gua baik guna statement ni " biar mati anak jangan mati pucuk " anak mati boleh bikin lagi . kalau mati pucuk ? 10 kali try 20 tak jadi . ada apa dengan Rembau ? 

4 comments:

  1. hahahha , itu statement best , biar mati anak jangan mati pucuk :p hahahahha

    ReplyDelete
  2. to h.a.an : haha statement yang tulus mulus halus .

    ReplyDelete
  3. to Double A : big claps for ?

    ReplyDelete