di suatu masa dan di suatu zaman . ada sebuah kerajaan yang mashyur . iaitu kerajaan Lu Gua . kerana semua rakyat jelatanya terkenal dengan sikap kerajinannya . sampailah pada hari kebesaran pembesar kerajaan itu . Pembesar Lu Gua mengadakan satu pesta keramaian buat semua rakyat jelata Lu Gua untuk bergumbira . di dalam pesta tersebut . pembesar ini bertanyakan pada semua rakyat jelata . ia bertanyakan siapakah rakyat paling pemalas sekali kerana ia telah bosan dengan kerajinan rakyatnya . tiba tiba datanglah seorang rakyat yang berstatuskan pegawai tentera .
pegawai tentera : gua tuanku !
pembesar Lu Gua : apa yang lu malas ? khabarkan .
pegawai tentera : gua punya malas tuanku . sampai makan pun orang suapkan .
pembesar Lu Gua : lu memang true malas . bagos ! haha .
seorang lagi mengadap pembesar yang berstatuskan pemandu limosin mewah .
pemandu limosin : itu tak cukup malas tuanku . gua lagi malas .
pembesar Lu Gua : hah ! apa yang lu malas ?
pemandu limosin : gua punya malas tuanku . sampai makan pun mintak orang lain tolong kunyahkan dulu .
pembesar Lu Gua tercengang dan ketawa berdekah dekah . semua rakyat Lu Gua bersorakan . tiba tiba hadirlah seorang pemusik blues yang berambut kerinting ala ala Jimi Hendrix . datang mengadap .
pemusik blues : itu tak cukup power tuanku !
pembesar Lu Gua : apa ?! kalau begitu apa lu punya malas sampai boleh lawan pemandu limosin ni ?
pemusik blues : gua punya malas . sampai nak cerita pun malas kat tuanku .
pembesar Lu Gua terus jatuh dari tempat duduknya .
* sekian . tamat !
No comments:
Post a Comment