04 March 2011

Dari Singapura ke Kuala Pilah


di suatu masa di dalam kereta Kia Forte Koup edisi 2010 yang bernombor pendaftaran SGX 3544 S . perasaan Ramli sungguh gembira . maklumlah dapat pulang bercuti ke kampung halamannya setelah 5 bulan tidak pulang . tetapi Ramli pulang tidak berseorangan . Ramli ditemani oleh isteri dan anaknya . dari rumah mereka iaitu Jurong East mereka bermula dan mahu ke Kuala Pilah . Ramli memilih melalui lebuh raya kerana dia tidak tahu jalan biasa ke Kuala Pilah jika melepasi Woodland . setelah hampir 4 jam mereka berada diatas lebuh raya akhirnya mereka melepasi susur keluar Seremban / Labu . lapang rasa hati isteri Ramli apabila mereka selamat melepasi tol . setelah pembayaran dibuat . Ramli dengan laju meluncur jalan Seremban untuk terus ke Kuala Pilah . setelah hampir 20 minit akhir mereka sampai di jalan Bukit Putus . jalan bengkang bengkok yang sangat terkenal jika mahu ke Kuala Pilah .

Ramli : kita dah nak dekat sampai ni . kita sekarang kat jalan Bukit Putus .
Rokiah : oh yeke ? alamak jalan dia bengkang bengkok la .
Ramli : a'ah maklumlah naik bukit kan . awak pegang anak kita kuat kuat . 
Rokiah : baik abang .

kerana mahu cepat sampai Ramli dengan kuat menerjah pedal minyak milik keretanya . katanya mahu ke pasar malam sebelum sampai ke rumah ibunya di Kampung Talang . mahu beli buah tangan la kononnya . 

Ramli : ala ada lori treler pulak . lambat la macam ni .
Rokiah : takpa la kalau lambat . baru selamat sikit .
Ramli : abang nak cepat ni . abang nak potong lah .
Rokiah : eh tak payah la abang . bahaya la .
Ramli : saya tahulah jalan ni ! berapa tahun pulak saya lalu lalang kat jalan ni !

Rokiah hanya tersungul sahaja sambil memegang erat anaknya yang baru berusia 3 tahun . Ramli terus memotong lori treler tersebut . dengan tiba tiba kelihatan sebuah lori 1 tan datang dari arah bertentangan . semuanya jadi gelap gelita .

....................................................................................................

Ramli baru tersedar . dalam keadaan yang mamai dia lihat ada seseorang berdiri di depannya . Ramli cuba memastikan siapakah orang itu . oh emak rupa . terus Ramli bertanya keras .

Ramli : mana isteri dan anak saya mak ?! diorang mana ?!

emak ramli hanya menggelengkan  kepala dengan keadaan muka yang sinis . lalu Ramli bertanya lagi dengan lebih keras .

Ramli : mana rokiah mak ?! mana anak saya Hafiz mak ?!

lalu emak Ramli tidak dapat menahan sabar lalu menampar muka Ramli yang baru sedar itu . Ramli terus kaget apabila diperlakukan sebegitu . lantas emaknya berseru .

Emak : bilo maso kau nikah hah ?! goma laie tido waktu maghrib ! kan dah ngingau ! poie mandi lopeh tu sombahyang ! bongka dogheh !

7 comments:

  1. to Aza Aziz : amboi mencarut .

    to cigarette 'n' lighter : haha !

    to asyilotecelup : kasi ambik ubat dekat bomoh . haha .

    to Juice : rokiah ronggeng still number # 1 !

    ReplyDelete
  2. to sha ANUAR : belom jatuh lagi . baru makruh haha .

    ReplyDelete