16 January 2011

Manusia Rock & Roll

kalau selama ini gua sungguh tidak punya hati lagi mahu meneruskan keinginan dan kemahuan . tetapi atas sokongan dan dorongan 3 manusia rock and roll ini . gua lagi semangat mahu lompat lompat macam angus young main gitar . lu orang memang true punya batu dan guling gang ! dengan itu gua mahu perkenalkan mereka mereka ini yang tersangat hebat pengaruhnya bagi gua untuk rocking !


manusia pertama : ini Famie Singapura . gua banyak belajar melalui dari musik ciptaannya . dia ni punya kugiran gitar rancak sendiri . The Pinholes ! kira famous la jugak kat Singapura . dia ni memang true rock and rollnya . dari style gambar kat atas pun lu dah boleh agak . 


manusia kedua : ini Ewan Lionheart . dia ni lagi true . dia main sitar yang punya banyak string . gua pun tak sure berapa banyak string sitar ni . even dia main sitar pun . dia tetap rocker jugak . dia ni kira satu gang jugak dengan Famie Singapura . gua rasalah kalau dia ni bikin solo dengan sitar dia . Jimi Hendrix pun surrender agaknya . haha .  


manusia ketiga : ini Naza Mohd . gua rasa ramai jugak yang kenal dia ni lagi lagi kat Malaysia ni . ada kugiran gitar rancak jugak yang dipanggil The Times .  bak kata dia la " aku ni penyanyi kabaret jalanan dan  saudagar pakaian pakaian lama " . memang rare la baju baju yang dia jual . vintage habis !



yang ni pulak . lu tak payah nak fikir sapa lagi . ini gua masa tahun 2007-2008 . ramai jugak yang tak percaya yang ini gua tapi hakikatnya ini memang gua . titik ! gua malas nak explain apa lagi . cuma gua nak ucapkan terima kasih buat mereka mereka ni . long live rock and roll to you guys and don't forget , we are all rocker mate ! dan tak lupa lagi buat Pak Ngah gua . orang yang harus bertanggungjawab kerana menyebarkan pengaruh rock and rollnya kepada gua pada di masa gua sekolah rendah lagi dan terima kasih lagi kerana pernah belanja dan bawak gua pergi konsert Deep Purple ( Live In Malaysia ) . yang ni gua tak sure bila tahunnya . terima kasih jugak buat Juice . bagi gua idea nak tulis entry ini selepas gua baca blognya . lu dengan pakngah gua pun sama sama rocker jugak ! haha . 

greeeng ! 
rock and roll tamat !

No comments:

Post a Comment