masa hari raya . satu kerabat aku sibuk buat persiapan . dengan kemas rumah . shopping raya . pasang pelita . buat kuih raya . macam macam . termasuklah makhluk ini yang berbeza sungguh dengan kami semua . comel . itu namanya . dia seekor kucing jantan . dia adalah ketua kucing didalam rumah aku . kira aku ada banyak kucing sebenarnya . comel ini bagi aku tak handsome apa lagi macho . memang tak boleh lawan aku la . dia pun tahu . tapi iras wajah dia sangat comel . masa dia kecil . kami sekeluarga fikirkan dia kucing betina . wajahnya sangat jelita . ala paras wajah marilyn monroe gitu . tetapi dah besar sedikit . baru kami tahu dia ada pisang . titik ! banyak sangat aku cerita pasal comel ni . tapi bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya . masa kami semua sibuk dengan persiapan raya . comel pun sama jugak sibuk ( dia ni tahu ke apa hari raya ? makan dia tahu la ) sebagai ketua kucing di rumah . dia pun mulalah memeriahkan suasana untuk kaumnya . orang sibuk main mercun segala . kau tahu dia sibuk apa ? hm malu aku nak cakap . sibuk mengawan segala ( adoi ! mentang mentang ramadhan dah tamat . kau pun gatal la kan ? ) memang gamat rumah aku masa tu . bunyi dengus manja kucing miow miow la ( lantak kau la comel ! kau dah besar ) semoga kau berikan kami keturunan yang comel macam kau jugak . memang sebelum ni keturunan kau memang tampan jelita segala dengan ditambahi dengan berbulu lebat . kira aku nak sampaikan ucapan untuk dia dengan seru ini " goodluck and show what's you got mate ! " dan satu lagi ! " you're my man ! "
22 September 2010
Kau Menang
kalau kau cakap boyfriend kau macam Justin Bieber . girlfriend aku cakap aku macam Adolf Hitler . kalau kau cakap boyfriend kau selalu bagi bunga . girlfriend aku cakap aku selalu bagi sakit hati dekat dia . kalau kau cakap boyfriend kau handsome . girlfriend aku selalu cakap aku ini awesome . kalau kau cakap boyfriend kau ada Proton Viva . girlfriend aku cakap aku ada bas Rapid KL , KTM , LRT dan Monorel . kalau kau cakap boyfriend kau selalu pakai Zara . girlfriend aku pulak bangga bila aku pakai Bata . kalau kau cakap boyfriend kau curang . aku cakap padan muka kau setan . dulu bajet Bradgelina konon . haha !
19 September 2010
Goodbye Mates !
selamat pulang dan selamat tinggal . jumpa lagi pada masa yang akan datang . aku nak mengucapkan selamat tinggal ini terutama pada keluarga abah dan sekeluarga yang mahu pulang ke Terengganu . Ninaa Joyy yang mahu pulang ke KPTM Cheras . Juice yang mahu pulang ke Russia ( dia ni aku tak sure lagi . sama ada dah sampai or baru nak gerak ) Omar Haiza yang mahu pulang ke Politeknik Port Dickson . Izra Ismail yang mahu pulang ke Singapura dan ramai lagi . maaf jika tak tulis nama nama kalian didalam entri ini . aku juga manusia biasa . selamat tinggal buat semua . jika ada masa . ayoh ! kita lepak segala . cheers !
16 September 2010
Tulus Mulus Halus
buat masa ini . aku memang kekeringan idea menarik untuk tulis entri baru yang bisa anda baca dengan gumbira . aku hilang kuasa itu . ini kerana aku sering fikir dia . mungkin aku manja gedik segala . ikut suka anda . semoga tuhan cepat temukan aku dengan dia . supaya aku punya kuasa itu semula . aku tak mampu bikin apa tapi aku bisa jerit dalam tulisan ini dengan seru .
SAYA RINDU AWAK !
* tak kisahlah kalau engkau orang nak cakap apa . aku tak kisah . aku memang rindu dia .
13 September 2010
Majoriti
hari raya aku tetap berjalan lancar walaupun kau punya kuasa majoriti . majoriti kau tak pernah berkesan langsung pada aku . jangan fikir aku diam atas kerusi dan tak bisa bangun untuk berlari . aku bisa lawan segala unsur bencana mulut nuklear kalian . jangan fikir aku hirau segala kata kau . semuanya kata kata sampah yang tak berharga untuk aku simpan dalam kepala . jangan kau cepat angkat bendera kemenangan .
07 September 2010
06 September 2010
Pembunuh Hari Raya
1 Oktober raya tahun lepas . aku sangat pasti dengan tarikh itu . hari lahir along jatuh pada 1 Syawal . yang lebih manisnya lagi . along berpuasa penuh ( aku pun tak sure tapi muka dia muka budak baik ) raya pada tahun itu jugaklah aku sangat cemburu dengan along kerana along dilimpah kurniakan duit yang banyak hasil pemberian saudara mara aku . atas dasar hari lahir dan berpuasa penuh . ( padahal along dah kerja dan aku masa itu masih lagi pengangur ) betapa kaya along pada masa itu kerana poketnya dipenuhi dengan SGD ( singapore dollar ) tapi disebalik itu ada cerita lebih lagi . seperti malam malam sebelum raya yang lain . aku dan along akan bergurau gurau dengan meriam tin milo selepas pulang dari sembahyang terawih . hasilnya bolehlah kejutkan ayam 1 reban tidur . tanggal 30 haribulan September . ( akan aku kenang sampai bila bila ) aku dikejutkan oleh panggilan dari rakan rakan lama . yang bilangnya mereka mahu datang melepak . ya ! malam raya pada masa itu . datanglah mereka dengan 2 buah kereta . bilangan mereka juga ramai . bermulalah kami dengan idea idea komunis yang lama kami simpankan . kami bergurau gurau dengan meriam dari hasil pembetung longkang yang berat . dengan kebait yang masih kuat bau nuklearnya . wow ! pasti hebat hasilnya . pada malam terakhir puasa itu juga kami melancarkan bunyian yang terbaik . sumpah terhebat berbanding dari meriam tin milo . sangat sangat kuat bunyinya . ada juga dalam 10 das tembakan kami lancarkan ke arah kebun getah . selepas penat . kami sepakat untuk pulang ke rumah masing masing . keesokkan harinya . sumpah aku takut dan terkejut . ( hari raya pun nak takut ke ? ) esok pagi raya . ibu bilang jiran selang 2-3 rumah aku meninggal dunia . aku jadi kecut perut . bilang ibu lagi . allahyarhamah punya penyakit darah tinggi dan lemah jantung . aku terus beritahu along dan rakan rakan yang ada pada malam itu . semua jadi takut . aku yang takut takut berani cuba menanyakan perihal allahyarhamah dari cicitnya sendiri ( yang meninggal dunia itu dalam usia 80an 90an ) dia bilang yang moyang diserang penyakit darah tinggi hasil dari makan makanan yang banyak kandungan garamnya tapi kami tetap berasa bersalah kerana kami juga penyumbang kematian rasanya . hingga kini kami tak tahu punca sebenarnya . hanya yang diatas sahaja yang lebih tahu . tapi raya pada tahun ini kegiatan itu masih di teruskan juga rasanya . ( apolah bega bona koghang ni ) tamat !
03 September 2010
Kisah Cinta Yang Termasyur
Hang Ershad Ismail ? Gusti Raden Nova Koh ? mereka punya cerita cinta yang hebat . Hang Ershad adalah seorang pendekar hebat dari Temasek manakala Gusti Nova pula seorang puteri jelita dari Majapahit . pada satu ketika dahulu . berlakulah perang antara Hang Ershad dengan Pangeran Bolkiah Sarifudin . Pangeran Bolkiah adalah lanun gabungan dari Padang dan Borneo . berlakulah perang selama 2 hari 2 malam di kawasan tumpuan ramai iaitu semenanjung tanah buku muka . perang itu diakhiri dengan kata menyerah kalah dari Pangeran Bolkiah sendiri . pulanglah Hang Ershad ke tanah Temasek dengan bangga dan megahnya untuk bertemu Gusti Nova . bermulah epik cinta yang penuh legenda .
* aku pun nak jugak jadi macam Brother Love jugak . hehe . sorry !
01 September 2010
Rock The Kuala Lumpur
hey mate ! thanks sebab teman gua shopping raya semalam . dahla lu tunggu gua lama kat KLCC . haha . tapi lu shopping lagi gila dari gua . padahal gua yang nak raya bukannya lu . by the way memang nice rock the Kuala Lumpur dengan lu semalam .
* padahal lu bukan tahu satu apa pun pasal entri gua yang melayu rock & roll ni . haha .
Subscribe to:
Posts (Atom)