06 September 2010

Pembunuh Hari Raya



1 Oktober raya tahun lepas . aku sangat pasti dengan tarikh itu . hari lahir along jatuh pada 1 Syawal . yang lebih manisnya lagi . along berpuasa penuh ( aku pun tak sure tapi muka dia muka budak baik ) raya pada tahun itu jugaklah aku sangat cemburu dengan along kerana along dilimpah kurniakan duit yang banyak hasil pemberian saudara mara aku . atas dasar hari lahir dan berpuasa penuh . ( padahal along dah kerja dan aku masa itu masih lagi pengangur ) betapa kaya along pada masa itu kerana poketnya dipenuhi dengan SGD (  singapore dollar ) tapi disebalik itu ada cerita lebih lagi . seperti malam malam sebelum raya yang lain . aku dan along akan bergurau gurau dengan meriam tin milo selepas pulang dari sembahyang terawih . hasilnya bolehlah kejutkan ayam 1 reban tidur . tanggal 30 haribulan September . ( akan aku kenang sampai bila bila ) aku dikejutkan oleh panggilan dari rakan rakan lama . yang bilangnya mereka mahu datang melepak . ya ! malam raya pada masa itu . datanglah mereka dengan 2 buah kereta . bilangan mereka juga ramai . bermulalah kami dengan idea idea komunis yang lama kami simpankan . kami bergurau gurau dengan meriam dari hasil pembetung longkang yang berat . dengan kebait yang masih kuat bau nuklearnya . wow ! pasti hebat hasilnya . pada malam terakhir puasa itu juga kami melancarkan bunyian yang terbaik . sumpah terhebat berbanding dari meriam tin milo . sangat sangat kuat bunyinya . ada juga dalam 10 das tembakan kami lancarkan ke arah kebun getah . selepas penat . kami sepakat untuk pulang ke rumah masing masing . keesokkan harinya . sumpah aku takut dan terkejut . ( hari raya pun nak takut ke ? ) esok pagi raya . ibu bilang jiran  selang 2-3 rumah aku meninggal dunia . aku jadi kecut perut . bilang ibu lagi . allahyarhamah punya penyakit darah tinggi dan lemah jantung . aku terus beritahu along dan rakan rakan yang ada pada malam itu . semua jadi takut . aku yang takut takut berani cuba menanyakan perihal allahyarhamah dari cicitnya sendiri ( yang meninggal dunia itu  dalam usia 80an 90an ) dia bilang yang moyang diserang penyakit darah tinggi hasil dari makan makanan yang banyak kandungan garamnya tapi kami tetap berasa bersalah kerana kami juga penyumbang kematian rasanya  . hingga kini kami tak tahu punca sebenarnya . hanya yang diatas sahaja yang lebih tahu . tapi raya pada tahun ini kegiatan itu masih di teruskan juga rasanya . ( apolah bega bona koghang ni ) tamat ! 

2 comments:

  1. wah, dah lama aku tak tangok orang main meriam. Zaman sekarang, yang 'true' punya budak dah hilang.

    ReplyDelete
  2. haha . lu datang rumah gua la bro .

    ReplyDelete