31 August 2010

Si Beautiful Dan Si Hardcore


terima kasih kepada yang datang singgah membaca dan mengulas blog yang tiada apa ini . ada yang aku kenal dan ada juga yang aku tidak kenal langsung . boleh jadi mereka ini si artis popular . si pemuzik keras . si ratu cantik . si vegetarian . si mekap tebal . si penari mosh . sungguh hebat mereka mereka ini . halaman blog aku ini boleh dibaca oleh semua golongan . adakah ini blog 1 Malaysia ? blog demokrasi ? aku pun tak pasti . tapi jika kau hadir disini untuk mempromosikan diri atau mengiklankan diri dengan ulasan yang entah apa apa . baik sekiranya jangan kerana halaman ini untuk aku berkongsi cerita dan ilmu . jika kau bawa propaganda yang jijik . kotor dan busuk . ulas sahaja di halaman blog sampah kau sendiri . jika kau mahu tunjuk populariti . ini bukan tempatnya . sila pergi ke majalah URTV ataupun ROTTW . sesungguhnya aku tak berminat untuk minta tandatangan sebagai peminat . sekian terima kasih dari hati yang tulus dan mulus . halus !

6 comments:

  1. manusia banyak ragam . manusia halal haram .

    ReplyDelete
  2. seriously?

    ko kate kat aku ke ni? (O_O)

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang, orang menilai kita dari perspektif berbeza. mungkin bagi kau, blog kau ni kosong, tapi bagi aku, blog kau best pe

    ReplyDelete