26 August 2010

Hipokrit Usia Muda


masa dibangku sekolah rendah lagi aku dah belajar hipokrit didepan masyarakat tapi masa itu aku memang tak tahulah apa itu hipokrit . malahan dengar pun tak pernah . cikgu pernah tanya soalan kepada semua murid didalam kelas . ya ! aku juga salah satu murid itu . cikgu bertanya " apakah cita cita awak bila sudah dewasa ? " seorang demi seorang menjawab . ada yang mahu jadi bomba . pilot . doktor segala . aku ? aku tipu cikgu masa itu . aku bilang mahu jadi polis sebab boleh punya pistol sendiri tapi hakikatnya dalam hati pada masa itu ialah . hahaha . jangan ketawa ! aku mahu jadi seperti Jefri Zain . tahukah anda siapakah si Jefri Zain ? dia seorang si hero perisik filem lama . lakonan daripada Tan Sri Senator Dr. Jins Shamsuddin . aku kenal Jefri Zain dari sebuah cerita yang bertajuk Gerak Kilat . aku tak berapa pasti tahun kemunculan cerita ini . boleh jadi pada sekitar tahun 60'an dan cerita ini dalam versi berwarna . kalaulah cikgu aku tahu pada masa itu . sumpah ! cikgu aku akan meninggal dunia . haha . bila usia sudah semakin lanjut . cita cita awal aku itu sudah ditinggalkan . hanya gaya lagak sahaja aku guna pakai . mahu lebih matanglah kononnya . cerita lama yang boleh bikin aku ketawa kecil bila teringatkannya . Jefri Zain tetap idola !

5 comments:

  1. Ingat kan nak jadi Godfather.Hahahahaha Jefri Zain ye? Terbaik hahahaha

    ReplyDelete
  2. haha . jadi perisik best wei . macho giler . kesukaan gadis gadis .

    ReplyDelete
  3. ye beliau mmg sgt perlu gadis2..

    ReplyDelete
  4. beliau itu siapakah ? aku ? haha .

    ReplyDelete