Dimasa JFK menjadi presiden, hubungan Amerika dengan Kesatuan Soviet (Negara2 Komunis) memang diambang bahaya. Kemungkinan pada masa tu bakal akan jadi Perang Dunia ke-3 yang melibatkan perang nuklear. Sekiranya itu terjadi, Amerika bakal hancur kerana pihak Russia telah meletakkan misil nuklear milik mereka di Cuba dan kebetulan negara Cuba berada hampir dengan Amerika. Akhirnya JFK berjaya dalam perundingan itu dan cerita Perang Dunia ke-3 dapat dilenyapkan.
Ketika JFK menjadi presiden, masalah besar telah melanda Amerika, iaitu masalah perkauman antara kulit hitam dan putih, kulit hitam dikastakan oleh mereka yang berkulit putih, dari semua sudut, pendidikan, perumahan, musik dan lain lain lagi. Berita ini lebih tegang apabila 2 wakil dari bangsa kulit hitam mahu melanjutkan pelajaran di peringkat universiti tetapi dihalang keras oleh gabenor kawasan itu. Berlakulah rusuhan besar ketika itu, tetapi JFK dengan tegasnya memberi kebenaran kepada 2 pelajar kulit hitam itu untuk masuk kedalam universiti dan mendaftar walaupun pada mulanya gabenor dan para rusuhan semua tidak setuju. Sekira masalah ini masih tidak diselesaikan sehingga hari ini. Peluang Barrack Obama untuk menjadi presiden yang pertama dari bangsa kulit hitam tidak akan tercapai sekiranya JFK tidak menyelesaikan kemelut perkauman ketika itu.
Tahun 1963, JFK mati ditembak ketika sedang menaiki kenderaan semasa menjalankan aktiviti bertemu rakyat Amerika. Kepala beliau pecah dibedil peluru. Beliau ditembak lebih dari 2 kali. Atas dari cerita ini jugalah, keselematan presiden dikemaskini dan diperketatkan lagi. Disini juga gua berikan link video dimana ia dirakam oleh seseorang yang mahu merakam kedatangan JFK ke kawasannya tetapi rakaman menjadi rakaman yang terhebat di dunia. klik sini.
No comments:
Post a Comment