06 June 2013

Tinggi Gua 184cm

184cm, itulah ketinggian gua, jika dikalangan orang kita, mereka memang pandang gua dengan sedikit pelik, dah serupa macam tengok zirafah di zoo mungkin tapi gua dah biasa dengan pandangan sebegitu, seperti orang lama pernah berseru, Alah bisa tegal biasa tapi gua lebih suka mengatakan yang gua sudah pasrah atau redha haha. Tipikal orang melayu kita jika jumpa sahaja manusia yang tinggi menggalah pasti akan dipanggil panjang, Hmm kenapa bukan tinggi? Ada kelebihan dan kekurangan kepada ketinggian gua ni, Ketinggian gua jika dibawa ke negara eropah, gua setanding mereka dan mereka juga mungkin akan biasa sahaja jika lihat pada gua. Kekurangannya yang sering hadapi, gua sering terhantuk pada apa apa benda yang lebih rendah dari dahi, Hmm apa apa pun gua bersyukur atas anugerah ini.

5 comments: