14 December 2012

Vaksin Untuk Malaysia

Bila telah dikhabarkan yang The Vaccines bakal ke Malaysia pada 11 Januari 2013 , lantas gua terus membatalkan niat untuk ke Rock The World 12 yang bakal berlangsung pada 29 Disember 2012 ini . Tak kisahla lu orang nak bilang gua ni tak support local scene ke apa . Biarpun harga tiket diorang berkali kali ganda . Pada mulanya memang gua berat hati nak pergi Rock The World 12 ni sebab band band yang akan perform bukan dalam list favourite gua . Sorry to say la ye ? kalau gua pergi pun atas dasar mahu jumpa geng geng lama . Al maklumlah event event macam ni memang jadi tumpuan semua orang . Lagi pun cousin gua pun ada ajak gerak sama . Hmmm tapi kali ni gua menolak untuk pergi dan datang . Gua kalau nak diikotkan memang tak pernah miss pergi Rock The World ni . Alasan gua pergi pun berdasarkan ini - 80% sebab nak jumpa geng geng lama , 20% sebab nak tengok band . Nampak tak kat situ ? So buat geng geng gua yang ada nak pergi tengok The Vaccines ni nanti , boleh la roger gua siap siap di Facebook , Twitter mahupun telefon . Apa apa pun " we are all rocker ! " .

No comments:

Post a Comment