30 April 2012

Viva La Revolution


panggilan waktu tengah malam yang bertarikh 28 April menandakan gua harus bersiap sedia untuk menghadapi revolusi bangun pukul 8 pagi di hari cuti . gua sudah berada di KTM station seawal pukul 9-10 pagi dan tiba di ibu negara dalam rata rata tengah hari yang terik . perjalanan gua ditemani oleh 2 manusia penentang haluan kiri yang berbeza pegangan mazhab agama . seorang berpegang kepada Al-Sunnah dan seorang lagi berpegang kepada Syiah .

gua tiba di ibu negara iaitu KL Central dan bermulalah penjelajahan secara beramai ramai menggunakan kaki menunju ke Central Market . disitu gua dan yang lain lain berhenti untuk mendapatkan sedikit taklimat sebelum menuju ke Dataran Protesan . apabila berada hampir hampir di pintu masuk ke Bangunan Sultan Abdul Samad . perjalanan kami disekat dan kami semua memulakan sesi duduk dan bantah sambil melaungkan ayat " bukak pintu " dan ada jugak bikin slogan kelakar iaitu " Open Sesame " haha . sumpah slogan itu bikin gua dan 2 manusia yang bersama gua juga tergelak besar . boleh kata hampir 2 jam juga kami disitu dan tiba tiba haluan kami terpaksa diubah ke Masjid Jamek ekoran kami tidak dibenarkan masuk .

bermulalah satu lagi perjalanan untuk ke tempat lain . sekali lagi perjalanan kami disekat dan kami mulakan lagi sesi duduk dan bantah . untuk beberapa masa yang lama . salah seorang daripadanya menyatakan yang kami sudah boleh bersurai dan misi sudah selesai . kami yang beramai ramai tadi bingkas bangun dan memulakan perjalanan untuk pulang ke destinasi masing masing . didalam perjalanan kami untuk pulang , kami diserang dan kebanyakan daripada mereka yang pada mulanya berjalan terpaksa berlari lari untuk menyelamatkan diri .disitu gua dan 2 manusia bersama gua mengalami pengalaman pertama dalam hidup apabila diserang gas pemedih mata walaupun boleh kata kami berada dalam jarak 300 - 400 meter dengan mereka yang menyekat . gua dan 2 manusia yang lain terpaksa melarikan diri walaupun mata pedih dan tak mampu nampak sepenuhnya apa yang ada dihadapan .

tiba tiba bau gas pemedih mata tu bikin gua rasa sesak nafas . gua terpaksa berhenti berlari dan menyuruh 2 manusia bersama gua tadi untuk pergi dan tinggalkan gua . atas sebab gua sudah tak mampu lagi . disamping gua dilanda sesak nafas . gua sempat mengucap sekiranya pada hari itu hari terakhir gua diatas muka bumi ini . tiba tiba gua tak tahu macam mana gua sudah ada di tempat lain disamping 2 manusia yang pada mulanya gua suruh mereka tinggalkan gua . tiba tiba hadir seorang lelaki cina menyiramkan air mineral miliknya ke muka gua . gua rasa lega an mampu nampak secara sedikit demi sedikit . lalu 2 manusia bersama gua menyorongkan sedikit garam ke mulut gua untuk gua telan . sesak dada yang gua alami tadi semakin surut sakitnya .

setelah gua dan lain lain sudah semakin stabil . kami memulakan perjalanan untuk pulang . kami terpaksa berlindung di Pudu Central ekoran mereka mereka yang menyekat tadi menghalang kami untuk menaiki apa apa sahaja perkhidmatan pengakutan . kami terpaksa berehat di kafeteria untuk melepaskan bebanan lelah semasa kami diserang tadi . agak lama jugak kami di Pudu Central . kami jugak sempat melihat dari atas , mereka mereka yang lain bertempur dengan pihak penyekat . setelah selesai makan dan minum . gua dan 2 manusia bersama gua mulakan perbincangan secara radikal . mengapa kami diserang ? walhal kami sudah bersurai . kami bantah secara aman dengan hanya duduk . kenapa disekatnya kami untuk pulang dengan menghalau kami keluar semula untuk tidak menaiki apa apa jenis perkhidmatan pengakutan . kenapa harus biarkan kami di jalanan walaupun kami mahu ke Dataran Protesan untuk berkumpul disana demi tidak mengganggu kesesakan di jalan jalan ibu negara . kami cuba provokasi atau kami diprovokasi .

oh ya ! mesti semua fikir gua ini adalah salah satu daripada mereka yang berhaluan parti pembangkang tetapi disini gua mahu menyatakan yang gua bukan anti kerajaan dan bukan pembangkang tetapi gua pro-demokrasi kerana tuntutan tuntutannya adalah masuk akal dan berpatutan . gua terpaksa gunakan platform ini untuk membantah mereka yamg mahu membina Lynas di Kuantan . viva la revolution ! merah itu revolusi .

No comments:

Post a Comment