08 February 2012

Kucing Anfield

4 pagi hari Selasa . gua , abang dan ibu bersama menonton perlawanan bola sepak antara Liverpool dan Tottenham Spurs . oh ya ! kami sekeluarga adalah keluarga Liverpool cuma bapak gua je kurang sikit sama sukan bola sepak . pelik kan ? cerita gua sebenarnya tertumpu pada gambar gambar diatas . kucing Anfield . dimana kucing ni telah memceroboh padang Anfield dimasa perlawanan tengah dilangsungkan tetapi diberhentikan seketika untuk memberi laluan kepada kucing ni untuk bersantai seketika . kucing tersebut telah diambil oleh petugas petugas stadium dan diletakkan di tempat yang selamat . disebabkan kecomelan kucing itu diatas padang keramat bagi penyokong Liverpool dengan serta merta kucing ini telah menjadi sebutan seluruh dunia . terus sahaja kucing itu digelar Anfield Cat . gua , abang dan ibu yang sedang serious menonton bertukar mood gelak ketawa bila melihat karenah kucing ini yang sangat santai . walau bagaimanapun . keputusan pada masa itu adalah seri tanpa sebarang gol . you'll never walk alone !


klik sini jika mahu tengok video kucing Anfield .

No comments:

Post a Comment