15 November 2011

Si Pilot Dan Si Pengutip Tin

si pilot dan si pengutip tin .

si pilot segak bergaya . berpendapatan besar . mewah kehidupan . anak bini di curahkan wang ringgit sebagai kasih sayang sehingga terlupa untuk diajar berdikari . jarang bersama punca semua . keluarga yang mewah akhirnya berkecai . walaupun pada hakikat manusia . kerja pilot itu hebat . hebat gajinya tak sehebat kehidupannya .

.................................................................................

si pengutip tin . badan berpeluh . selongkar wang dalam tong sampah . dibarisi anak yang ramai punca semangat mencari hingga ke malam . kerana anak itu rezeki . berkongsi masa gumbira dan sedih bersama . makan makanan tanpa rasa manis dan masin bersama . jatuh dan bangun tetap bersama . walaupun pendapatan harian hanya 35 ringgit sahaja .

.................................................................................... 


wang ringgit bukan faktor kebahagian manusia di atas muka bumi ini .

# dunia ni penuh dengan drama . mari kita duduk di satu sudut sebagai pemerhati gelagat manusia . jangan hanya duduk menonton sahaja . kita renung dan belajar . semoga kita tahu apa itu kehidupan dunia . 

No comments:

Post a Comment