14 March 2011

Kisah RM 2

Samad dari malam semalam tidurnya tak lena kerana tak sabar mahu hari esoknya . dari kampung ia ke bandar dengan menaiki bas . setelah hampir 30 minit . tibalah Samad di bandar . tanpa berlengah dengan kayuhan kaki yang laju dan tak menyempat . Samad terus ke destinasi yang menganggu tidurnya semalam . akhirnya Samad tiba di hadapan kedai jualan kereta import . Samad terus memasukkan diri kedalam kedai dengan bantuan pintu automatik . setelah masuk didalam . Samad disapa oleh seorang perempuan cantik yang perkenalkan dirinya sebagai Cik Salmah . cantik orangnya . tinggi . ramping seperti ikan sembilang afrika . Samad tersenyum dan terus menyampaikan hajatnya yang mahu membeli kereta . terus sahaja Cik Salmah perkenalkan semua jenis kereta dari A hingga ke Z . hampir 1 jam disana barulah Samad dapat membuat pilihan . kereta yang mahu dipilihnya adalah Hummer H2 dan warna dipilihnya adalah warna hitam . sesuai katanya . tidak mudah kotor dan mudah dilunggah jika mahu mengutip getah nanti . akhirnya Cik Salmah membawa Samad ke atas pejabat untuk urusan selanjutnya . setelah lama diatas pejabat sampailah waktunya untuk Samad membuat pembayaran . Samad yang membawa duit secara tunai dan Cik salmah terus memasukkan semua duit Samad kedalam mesin pengira duit . setelah dikira secara automatik dan manual . rupa rupanya duit tersebut tidak mengcukupi . gelabah Samad bila dikhabarkan begitu oleh Cik Salmah . bila ditanya pada Cik salmah berapa jumlah yang tidak mengcukupi . lantas sahaja Cik Salmah tersenyum . ia mengatakan hanya tidak cukup RM 2 sahaja tetapi Samad masih juga gelabah walaupun RM 2 itu tidaklah sebesar mana jumlahnya kalau nak dibandingkan dengan duit Samad yang banyak tadi hasil daripada jualan getahnya selama ini . terus Samad meminta izin untuk keluar untuk mencari RM 2 . terus sahaja Samad keluar dan hampir 10 minit . Samad masih lagi buntu . kebetulan Samad terserempak dengan Cikgu Salleh yang sekampung dengannya . terus sahaja Samad menegur dan meminta bantuan untuk meminjam RM 2 . 

Samad : aku tengah terdesak ni . aku nak pinjam RM 2 dekat kau . nanti petang aku ganti dekat kedai Joned .
Cikgu Salleh : kau nak buat apa dengan RM 2 ni Samad ? 
Samad : aku ada hal mustahak ni . aku nak beli kereta .

Cikgu Salleh tersentak dan lalu ketawa berdekah dekah kuatnya .

Cikgu Salleh : kau nak beli kereta Samad ?
Samad : a'ahlah . kenapa pulak ?!

Samad sedikit marah bila disoal begitu .

Cikgu Salleh : tak adalah . nah ambik RM 10 ni .

Cikgu Salleh menyambungkan ketawanya .

Samad : eh ! banyak sangat kau bagi aku ni ? aku nak RM 2 je .

lantas Cikgu Salleh terus berjalan sambil berkata pada Samad .

Cikgu Salleh : oh tak apalah Samad . aku sedekah . sekarang ni kau boleh beli 5 buah kereta .

Cikgu Salleh terus mengilai seperti pontianak terkena belacan .

4 comments:

  1. err, gua rasa lu mixed up bab nama cikgu salleh dan samad

    ReplyDelete
  2. sebab ade part yang cikgu salleh lu tulis 'cikgu samad'

    ReplyDelete